30 January 2011

Cintanya bukan milikku…

Aku terdiam…mencari ketenangan agar ia boleh menguatkan lagi  diri ini menempuh dugaan…aku sendiri tidak pasti dengan perasaanku…aku sendiri tidak mampu untuk menilai harga sebuah perasaan…apakah aku memang ditakdirkan tidak bertemu kebahagian atau kebahagian itu ada cuba belum lagi datang menghampiri hidupku…
Aku mengeluh panjang…perasaan ini semakin kuat….aku resah…perasaan ini membuatkan aku menjadi lemah….
Kenapa perasaan ini hadir….tidakkah perasaan ini akan menghancurkan harapan hati ini….
Tidak guna aku mengharapkan cintanya…
Kerana aku tahu harapan itu mustahil menjadi kenyataan…
Tidak guna juga aku meluahkan nya…kerana…cintanya bukan milikku….
Hurmmm…aku sengaja mencari ramai teman….agar aku tidak terlalu memikirkan dirimu,…Aku sentiasa tegas terhadapmu..agar hilang cinta ini untukmu…Dan aku juga selalu menyebut namanya…agar aku tidak lupa..bahawa dirimu milik nya….arghhh….persetankan semua itu…mahu sahaja aku …merebut cintamu…kasih sayangmu…rindumu..dirimu darinya…namun aku terkedu…Aku tidak mahu mereka mengelarkanku sebagai perampas….kerana aku sememangnya bukan seorang perampas….Kini…aku pasrah..aku tidak mahu lagi mengharap sesuatu yang mustahil.aku tidak kuat untuk menempuh dugaan ini..….berhentilah memberi harapan padaku…kerana harapan itu hanya akan meracuni hatiku….

3 comments: