07 November 2011

eH eH y.E kONvo La...

AsSaLaMMuALaiKOm.....
haii semua...hurmmm agak lame Y.E  x update blogger ni..adesss...
ok..berkenaan dengan aktiviti terbaru Y.E ialahh...02/11/2011 Y.E konvo!! lalalala...
ehemm..walaupun Y.E amik sijil  jerkk...sekurang2nyerr rase gak la cam mane orang konvo ni..huhuh..
cam mane ea,,,ramai yang sookong n beri galakan untuk Y.E sambung study ke peringkat yang lebih tinggi...
so problem skrang ni just pada Y.E...samaada nak truskan pengajian ataupon tidak...
sebenarnyerr Y.E nak sambung blajar...tapi  Y.E macam dah tawar hati nak belajar dalam bidang yang Y.E ceburi sekarang ni...cam mane ea...mungkin kalau Y.E belajar pon...Y.E nak amik bidang lain...bolehh ker cam gitu??? hurmmm
kalau nak diikotkan hati...dari dulu Y.E minat dalam bidang interior design@hiasan dalaman...Y.E suke sangat akan rancangan ERIC dalam rancangan CASA IMPIAN,,...so...manelahh tau satu hari Y.E leyy jadi cam ERIC LEONG!!kan gempakkk...so...dalam postt ni...Y.E sertakan skali pic2 konvo yang sempat diambil di Putrajaya International Covantion Center (PICC)..


08 October 2011

jom blajar...cara mandi wajib yang betul...


Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:
 

Pertama : Niat.

Kedua : Menghilangkan najis pada badan.

Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim].


 ***jom kongsi cerita***



07 October 2011

rahsia disebalik bunga mawar....

jom kengkawan...kite blaja tentang bunga mawar harini...lalala
bunga mawar kan sudah menjadi kesukaan orang ramai...so..
sebelum anda beri sejambak/sekuntum bunga...kite search dulu maksud bunga2 ini..



Mawar Merah..
Tanda : cinta..menghormati,keghairahan,tahniah..

**Bunga mawar merah biasanya diberikan untuk                                                                                                                               menyatakan perasaan cinta.ia juga sebagai simbolik
 kepada keberanian dan penghargaan..


Mawar Putih
Tanda : Ketulenan,rahsia,kesucian,jujungan dan kelayakkan

**sesuai dengan warnanya...putih bermaksud kesucian.
selalunya mawar putih digunakan mengikot
 konsep yang tersendiri...





Mawar Merah Jambu

Tanda : kebahagiaan,keanggunan,asmara,kekaguman.kemanisan

**mawar merah jambu umumnya kepada keceriaan..kebahagiann..
mamkna pada warna pink bergantung pada kepekatan warna pink itu sendiri..warna pink pucat/muda simbolik pada kekaguman atau simpati terhadap penerima.warna yang lebih pekat/tua  memberi simbolik penghargaan atau terima kasih..






Mawar Peach.
Tanda : kesyukuuran,keikhlasan dan kesopanan

**mawar warna peach ini sebagai tanda kesyukuuran...ia juga bolehh digantikan dengan mawar merah jambu sebagai tanda terima kasih.





Mawar Kuning
Tanda : prihatin,menyambut atau selamt pulang dan keceriaan


**bunga mawar kuning boleh menjadi lambang persahabatan atau kegembiraan.tapi mawar kuning juga boleh melambangkan cemburu,bagi mengelakkan penerima bunga ini menjadi keliru...selitkan nota/card bagi memberitahu erti bunga ini.


Bunga Mawar Biru
Tanda : kasih sayang,terpesona,tradisi

**mawar biru juga menyampaikan tanda kasih sayang pada pandangan yang pertama,terpesona oleh sesuatu atau seseorang.warna biru juga sebagai tradisi dikaitkan dengan darah raja dan mawar biru boleh menunjukkan keindahan baginda.tapi mawar biru juga adalah simbol misteri atau seuatu yang tidak dicapai.
**mawar biru sebenarnya tidak wujud secara semula jadi.menurut wikipedia bunga mawar ini tidak wujud dalam sifat kerana mereka tidak ada gen yang menghasilkan pegmen biru.secara trasisi mawar putih telah diwarnakan biru dan baru-baru ini penyelidik2 telah menggunakan pengubahan genetik mewujudkan bunga2 mawar dalam pigmen biru.

               @#$#>>orang kata kalau tanam bunga ros,kita kena selalu bercakap dengannya
                                  agar pokok itu tumbuh dengan cantek..betul ke?? fikir fikirkan...

                                         ****jom kongsi cerita****

Maksud Warna kegemaran anda!!

Pernahkah anda terfikir yang setiap warna kegemaran anda mempunyai maksudnya tersendiri.warna warna yang dapat menggambarkan personaliti anda..ayuhh kita lihat!!

MERAH
**Happy Go-Lucky!! Berani,tegas dan mempunyai perndirian sendiri..
BIRU
**Setia pada pasangan,pandai berjimat,suka terus terang,jujur,cekap dan mudah memaafkan..
UNGU
**Pemurah hati,tak suka di perintah,berinisiatif,bijak tapi ada masanya terlalu beremosi..
KELABU
**Suka merendah diri,tenang,suka mengalah,suka berkorban,cerdas dan bijak..
KUNING
**Gemar membaca,tekun.dan tabah menghadapi cabaran..
HIJAU
**Segar,suka pada kebahgiaan,x suka bergaduh atau bertekak,patuh pada pegangan agama,suka berhias.teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot..
PUTIH
**Bersih fikirannya,tak cerewet,berkata benar,jujur,rendah hati,sopan santun,peramah,sentiasa tenteram hatinya,suka menolong dan hidup bertawakal..
HITAM
**Suka menyendiri,prihatin,kuat menghadapi dugaan hidup,tak mudah di pengaruhi,kuat berfikir,setia pada pasangan,baik hati tapi akan cepat tersinggung..
COKLAT
**Kaya dengan sifat keibuan,merendah diri,sopan santun,halus budi pekerti,hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah..


                         ****jom kongsi cerita****

tips pemakanan yang sihat!!

Rawatan Alternatif No: 1 di Malaysia




Gaya hidup yang lebih kepada pemuasan nafsu syahwat tanpa batasan (seks rambang) telah melahirkan penyakit Aids yang sehingga kini belum ditemui penyembuh muktamad. Pemilihan pemakanan yang tidak bijaksana akan mendedahkan manusia kepada pengumpulan bahan kimia, toksik, racun di dalam tubuh badan.
 
Malah yang lebih dahsyat, manusia sudah mengamalkan makanan luar tabii dengan menzalimi berbagai jenis haiwan yang bukan tergolong sebagai haiwan yang boleh dimakan. Apakah "SARS" juga turun sebagai "bala" yang disebabkan amalan pemakanan yang zalim ?

Justeru.....kembalilah kepada pemakanan semulajadi dan berfitrah. Amalkanlah GAYA PEMAKANAN SIHAT..


TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT 

  • Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.

  • Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".

  • Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.

  • Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.

  • Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.

  • Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.

  • Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.

  • Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.

  • Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.

  • Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi

  • Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.


  • Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah. SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT.
    GAYA PEMAKANAN SIHAT

    • CARA ?
      Amalkan makan satu sudu madu Lebah pada waktu malam sebelum tidur, diikuti dengan beberapa teguk air masak . Pada awal pagi pula (tidak kurang dari setengah jam sebelum bersarapan, amalkanlah memakan sebiji buah kurma segar.
    • MENGAPA MADU DAN KURMA ?
      MADU LEBAH mempunyai berbagai-bagai khasiat. Sabda Nabi s.a.w:
    • "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."
              "Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan".
    BUAH KURMA pula mengurangkan risiko diserang penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis kerana kandungannya seperti zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Sumber tenaga kerana mengandungi glukosa yang merupakan unsur gula dalam darah. Kurma merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. Membantu proses tumbesaran kanak-kanak dan membantu membentuk minda yang sihat. Kesimpulannya, Madu Lebah amat berkesan dari segi pencegahan, manakala Buah Kurma amat penting bagi pertumbuhan dan peningkatan kesihatan

  • MENGAPA?
    Gaya atau amalan pemakanan seharian sejak kita bangun tidur hingga masuk tidur merupakan penentu utama tahap kesihatan kita untuk hari-hari seterusnya. Jika pengambilan setiap makanan/minuman dilakukan dengan tidak berhati-hati, risiko pengumpulan bahan-bahan pengumpulan bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti lemak, kolestrol, kimia, toksik, racun, kafein, dadah dan lain-lain dalam sistem dalaman tubuh adalah tinggi.Segala bahan inilah yang akan menjadi penyebab berbagai masalah kesihatan mahupun penyakit kronik seperti barah, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, kegemukan dan lain-lain. Amalan makan madu lebah sebelum tidur adalah adalah satu cara terbaik untuk mengimbangi atau menangani masalah tersebut.
    Bahan-bahan aktif yang terdapat dalam madu lebah akan melakukan kerja-kerja penyingkiran toksik, bahan kimia, racun, menghancurkan lemak dan kolestrol, meredakan ketegangan saraf dan memperkayakan kandungan vitamin dan zat dalam tubuh, semasa kita tidur. Pada waktu pagi, sebelum menjamah sebarang jenis makanan, daya serap semua sel dan saraf dalam tubuh berada pada tahap yang tinggi.
    Keadaan ini menyebabkan kandungan vitamin, glukosa semulajadi dan zat yang terdapat dalam buah kurma dapat diserap oleh sistem tubuh secara maksima. Ini memberi kesan yang amat besar dalam daya tahan dan tahap kesihatan seseorang yang mengamalkannya. Dengan rutin yang tetap gaya pemakanan tersebut, insyaAllah selepas beberapa bulan selepas mengamalkannya akan berlakulah berbagai perubahan, melibatkan peningkatan kesihatan dan penyembuhan penyakit secara cepat dan berkesan.


  • BAGAIMANA ?
    Amalkan memakan Madu Lebah Asli pada waktu malam sebelum tidur dan memakan Buah Kurma Segar pada awal pagi selepas bangun tidur.

    Khasiat Madu Lebah Asli

  • Madu digunakan dalam perubatan tradisional seluruh dunia sejak zaman dahulu lagi.

  • Madu sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang tinggi dan mengandungi bahan mineral serta vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

  • Madu merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, bahan kimia, racun, kolestrol serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.

  • Madu boleh menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, mencerdaskan otak, melancarkan darah, meredakan urat saraf, melawaskan sistem pembuangan,menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan kanser .

  • Madu juga meningkatkan keupayaan tenaga batin, melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan, menjadikan kulit lebih licin dan halus, meningkatkan daya ketahanan badan.

  • Madu juga baik oleh wanita mengandung (bulan ke-6 dan ke atas) serta selepas 20 hari bersalin.Khasiat Buah Kurma Segar

  • Kandungan anti oksidan di dalam kurma adalah dua kali ganda berbanding kismis, aprikot kering dan blueberry.

  • Kurma memberi tenaga serta-merta menerusi kandungan gulanya sebanyak 50 hingga 57 peratus glukosa. Orang berpuasa yang berbuka dengan kurma akan berasa segar dan bertenaga dan dapat beramal tanpa rasa letih atau mengantuk.

  • Potasium yang diperlukan oleh tubuh badan untuk sistem saraf terkandung di dalam kurma. Potasium jika diambil berlebihan tidak memudaratkan tubuh badan, sebaliknya sangat baik untuk mengatasi masalah seperti sembelit, lemah otot, letih, stres, sengal-sengal badan dan untuk menguatkan daya ingatan.

  • Sekiranya dimakan tanpa membuang kulitnya, kurma dikatakan dapat melawaskan pembuangan najis dan mencegah daripada masalah barah usus.

  • Kurma juga sesuai untuk dimakan oleh wanita yang kekurangan susu badan kerana kandungan zat besi dan kalsium di dalam kurma dapat menambahkan air susu.

  • Kurma turut membantu dalam tumbesaran kanak-kanak yang berperanan dalam pembentukan darah dan sumsum tulang.

  • Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus dan dijadikan serbuk seperti teh. Serbuk ini kemudian direndam dan diminum untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kurma juga digunakan dalam kaedah perawatan sufi.

                                                                  ****jom kongsi cerita****
  • 06 October 2011

    assalammualaikom...
    salam satu malaysia..sorii y.e ucapkan sbb dah lame y.e x update blog ni...
    hurmm mcm2 perkara yang berlaku buat kebelakangan ni...yang paling menyentuh hati..pabila y.e dapat tahu AYAH LONG y.e telah kembali ke rahmatullah pada 01/10/2011 bersamaan hari sabtu pada pukul 7.40...
    sedihh bile dengar berita ni..terkejutt..terpaku....terkedu...semua ade...sbb pemergiannya secara mendadakk...
    hurmm tapi nk buat cam mane kan.....setiap yang hidup pasti akan mati...hari tu hari dia...manalahh tahu esok2 .y.e pula...hurmm pape pon....y.e mohon pada follower yang bace post ni untuk sedekahkan al-fatihah pada arwah...semoga roh arwah ayah long y.e ditempatkan dikalangan orang2 beriman...amin.....
    ok...wat mase ni ini je yang .y.e update...mungkin bile y.e ade topik2 yang menarik...y.e akan post lagi..huhuhuh...ok bye bye...muahh!!

    31 August 2011

    hari raye

    assalamualaikom...
    hai semua.."SELAMAT HARI RAYA" Y.E ucapkan pada semua..semoga raye tahun ni lebih bermakna..
    hurmm bagi Y.E raye tahun ni simple2 je..xde la raye sakan...al-maklum...Y.E ni baru je mula kerja..
    so..bajet untuk raye pon AGAK terhad sikit...so..pada kengkawan yang pulang ke kampung...take care slalu...kim salam la yekk pada orang-orang kat kmpung tuh..
    okey..bercerita pasal kampung halaman ni...macam best je kan kalau kampung jauh2 ni...baru lahh rase perjalanan untuk bercuti raye disana..orang kata JAUH PERJALANAN LUAS PERMANDANGAN...
    .Y.E ni balik kampung jugak..tapi kampung Y.E dekat je...dalam setangah jam..dah sampai..huhu..hari2 balik kampung pon x de hal..x rase pon cam nak balik kampung..huhuh..
    lagi satu..zaman sekarang semuanya dah maju.rumah kat kampung pon dah setengah batu setengah kayu..slalunyerr kayu kayan ni area2 belakang..
    hurmm..Y.E ni teringin nak beraye dikampung.(yang real punye)bermaksud keseluruhannyer adelah dari kayu kayan...time raye pasang lampu 7 leko di sekeliling umah...eiii mesti best..mlm raye main bunga api ngan budak2,,,masak ketupat..lemang...lepat..semuanyerr la..kan best...(bayangkan sambil menongkat dagu..)
    nanti bile ekonomi Y.E dah stabil..ingat nk beli tanah kat kampung..pastu wat rumah kat sane..nanti..time Y.E bosan dok kat bandar..leyy gak tenangkan fikiran kat kampung..huhuh...kalau x pon...cari je family angkat kat kampung..nanti cuti..ley balik kampung..huhuh..
    ~banyaknyerr angan-angan Y,E ni kan..ape lahh..