30 January 2011

Cintanya bukan milikku…

Aku terdiam…mencari ketenangan agar ia boleh menguatkan lagi  diri ini menempuh dugaan…aku sendiri tidak pasti dengan perasaanku…aku sendiri tidak mampu untuk menilai harga sebuah perasaan…apakah aku memang ditakdirkan tidak bertemu kebahagian atau kebahagian itu ada cuba belum lagi datang menghampiri hidupku…
Aku mengeluh panjang…perasaan ini semakin kuat….aku resah…perasaan ini membuatkan aku menjadi lemah….
Kenapa perasaan ini hadir….tidakkah perasaan ini akan menghancurkan harapan hati ini….
Tidak guna aku mengharapkan cintanya…
Kerana aku tahu harapan itu mustahil menjadi kenyataan…
Tidak guna juga aku meluahkan nya…kerana…cintanya bukan milikku….
Hurmmm…aku sengaja mencari ramai teman….agar aku tidak terlalu memikirkan dirimu,…Aku sentiasa tegas terhadapmu..agar hilang cinta ini untukmu…Dan aku juga selalu menyebut namanya…agar aku tidak lupa..bahawa dirimu milik nya….arghhh….persetankan semua itu…mahu sahaja aku …merebut cintamu…kasih sayangmu…rindumu..dirimu darinya…namun aku terkedu…Aku tidak mahu mereka mengelarkanku sebagai perampas….kerana aku sememangnya bukan seorang perampas….Kini…aku pasrah..aku tidak mahu lagi mengharap sesuatu yang mustahil.aku tidak kuat untuk menempuh dugaan ini..….berhentilah memberi harapan padaku…kerana harapan itu hanya akan meracuni hatiku….

27 January 2011

ego sejenis perosak..

sayunyerr rasa hati bila orang yang kite cinta tak menghargai kita lagi...pilu disudut sanubari bila mengenangkan peristiwa2 yang menyakitkan hati...kenapa semua ni berlaku....kenapa manusia begitu mudah lupa pengorbanan orang yang die sayang hanya kerana ego yang tinggi.....tidak pernah terlintaskan di fikiran untuk menjaga hati dan perasaan org yang menyayanginya,,dan turunkan sedikit ego untuk orang yang telah bersamanya ketika senang dan susah....apalah ertinya sebuah ikatan bila hati dan perasaan selalu dipermainkan...apalah erti sebuah perhubungan bila diri sudah tidak  dihargai dan dipedulikan...seorang wanita memberi seluruh hidupnya  kepada suami bila mereka sah sebagai suami isteri...baginya...suaminya lah dunianyerr....tiada yang lebih baik dari berada di sisi suaminya...namun...bile hanya kerana ego...semuanya seakan menjadi suatu mimpi ngeri,...
siapa yang harus disalahkan....dan siapa yang akan memberi jawapan...
bila janji sudah termetrai...kasih sayang dan kejujuran la yang menjadi nadi perhubungan....